Laman

SELAMAT DATANG

SELAMAT DATANG DI GUDANG ILMU

Kamis, 29 Maret 2012

Rahasia Mengamalkan Surat Al-Faatihah


Surah al-Fatihah adalah surah pertama di dalam mashaf Uthmani walaupun ia bukan pertama diturunkan. Mengikut riwayat diturunkan 2 kali, pertama di Mekah dan kemudian di Madinah. Isi kandungannya mencakupi seluruh maksud al-Quran, maka kerana itu di letak di awal mashaf. Selain itu perletakan di awalnya adalah petunjuk dari Nabi SAW kepada para sahabat. Surah al-Fatihah ini jikalau diulang-ulang semakin terasa ketenangannya. Menakjubkan walaupun 7 ayat tapi tidak jemu dibaca berulang kali. Itulah mukjizat al-Quran.
Banyak cara untuk mengambil khasiat surah al-Fatihah. Diantara cara yang pernah saya pelajari, saya kongsikan sebagai menambah wawasan semua. Bukan berniat menyombong diri atau mendedah diri kepada penuduh syirik (terima dengan hati yang lapang, kalau tidak suka silakan menyepi dari blog ini.)
Cara Pertama:
1. Puasa sunat 7 hari.
2. Malamnya wajib mewiridkan surah al-Fatihah sebanyak 333x. Semuanya berjumlah 2331x.
3. Mesti dalam satu majlis. Maksudnya saat memulai berwirid harus sampai khatam dan tidak berhenti, minum air kemudian sambung lagi.
4. Lakukan dengan benar, insya Allah dirasakan manfaatnya.
Cara Kedua:
1. Baca surah al-Fatihah setiap selepas sholat fardhu selama 7 hari.
2. Pada hari pertama dibaca 1x selepas solat. Diikuti hari kedua dibaca 2x selepas sholat. Begitulah seterusnya sampai hari ketujuh 7x baca selepas sholat.
3. Kemudian diamalkan 35x setiap hari selepas khatam.
Cara Ketiga:
1. Puasa sunat 7 hari.
2. Malamnya wiridkan setiap satu-satu ayat dari surah al-Fatihah sebanyak 1000x.
3. Malam pertama dibaca (ِميِحَّرلا ِنَمْحَّرلا ِهَّللا ِمْسِب) sebanyak 1000x, begitulah seterusnya malam ketujuh ayat (َنيِّلاَّضلا لاَو ْمِهْيَلَع ِبوُضْغَمْلا ِرْيَغ ْمِهْيَلَع َتْمَعْنَأ َنيِذَّلا َطاَرِص) sebanyak 1000x.
Begitulah antara beberapa cara untuk mendapat fadhilat surah al-Fatihah.
MUDAH-MUDAHAN DAPAT BERMANFAAT

Tidak ada komentar: